Berita MAIS

SEMINAR KERTAS TEMA SEMPENA MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN SOM MABIMS
27 September 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati menerima jemputan untuk menghadiri Program Seminar Kertas Tema Sempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SOM MABIMS anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). MAIS diwakili oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. MABIMS atau nama penuhnya Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura adalah suatu wadah pertemuan bagi kempat-empat negara Asean ini dengan tujuan untuk menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dan memperkasa umatnya diperingkat serantau. Dalam seminar kali ini, setiap wakil negara telah membentangkan buah fikiran, pandangan dan rancangan-rancangan yang sedang dibangunkan pada masa kini, khususnya dalam memartabatkan Islam sebagai agama yang sejahtera. Program dirasmikan oleh Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Semoga negara-negara MABIMS akan terus bekerjasama dan bersatu padu dalam usaha memartabatkan agama Islam. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor