Berita MAIS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN
SHAH ALAM, 1 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) yang diketuai oleh Puan Sri Datin Hajah Zainun Yaacob, Penaung PWIP. Lawatan seramai enam orang disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan pertubuhan dan menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS. Antara lain Puan Mashita Abd Rahim selaku presiden PWIP berkongsi maklumat perkembangan pertubuhan yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan PWIP. Hadir sama dalam perbincangan ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS. Turut terlibat Md Yusmizan Yusof, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Encik Muhammad Zubair Azizan, Pemangku Pengurus Operasi YIDE #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN – Copy SHAH ALAM, 1 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 1, 2024 MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI TERENGGANU DAN KELANTAN Terengganu – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di… Berita Penuh January 22, 2024 MAIS LANCAR PELAN ANTI RASUAH, BENTUK WARGA KERJA BERINTEGRITI TINGGI Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Pelan Anti Rasuah khusus… Berita Penuh January 17, 2024 MAIS NAIB JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN MAIS AGENSI DAN ANAK SYARIKAT SHAH ALAM, 13 Januari- Selaku tuan rumah yang menganjurkan Kejohanan… Berita Penuh January 13, 2024 KULIAH MAGHRIB KHAS KUALA LUMPUR, 12 Januari – Telah dilaksanakan program dakwah Kuliah… Berita Penuh January 12, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search