Berita MAIS

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID DAMANSARA PERDANA, PETALING
Petaling, 27 Oktober 2023 – Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal mengadakan Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Damansara Perdana, Petaling kepada jemaah kariah sekitar bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS.Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Turut hadir bersama pegawai dari Baitul Ehsan, Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor yang turut membuka kaunter penerangan dan runding cara kepada jemaah yang bertanyakan soalan. Turut dikongsikan kuliah berkenaan kepentingan serta hikmah berwasiat dan kaedah penulisan wasiat di Majlis Agama Islam Selangor. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari :www mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #faraid #pengurusanhartaorangislam #hartapusaka #ilmufaraid #islamicestateplanning #islamicinheritancelaw #baitulmalmais #SISWA #haribersamabaitulmalmais #masjidDamansaraPerdana MULTAQA PENDAKWAH BERTAULIAH NEGERI SELANGOR DAN PELANCARAN PERKHIDMATAN DIGITAL PENGURUSAN TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 28 Oktober 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh October 28, 2023 HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID DAMANSARA PERDANA, PETALING 19 Okt 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput… Berita Penuh October 27, 2023 SERAMAI 317 PELATIH PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN, MAIS BERJAYA DIPULIHKAN SABAK BERNAM, 19 Oktober – Sepanjang lima tahun bermula 2018… Berita Penuh October 19, 2023 BAITULMAL MAIS DIJEMPUT DALAM BENGKEL PROSEDUR TEBUS PUSAKA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 19 Okt 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput… Berita Penuh October 19, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH SHAH ALAM, 18 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 18, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search