Sabak Bernam, 15 Ogos – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Sahabat Hospital Selangor (Kuala Langat) bagi mengadakan lawatan sambil belajar di sini. Delegasi lawatan seramai 30 orang diketuai oleh Tuan Haji Harun Ibrahim, Pengerusi Sahabat Hospital Selangor (Kuala Langat) disambut mesra oleh Puan Noor Huda Tajudin, Pegawai Psikologi, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS) dan seterusnya menyampaikan taklimat berkaitan Baitul Ehsan dan Rumah Pemulihan Majlis (RPM). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung Rumah Pemulihan Majlis (RPM) terutama berkaitan prosedur dan operasi di sini. Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan produk-produk yang telah dibuat oleh pelatih semasa menjalani pemulihan dan perlindungan di sini. Turut hadir Ybhg. Datuk Zurihan Bin Yusof, Pengerusi Pembinaan Kompleks Baituzzahrah iaitu Rumah Kebajikan Perlindungan Mangsa Keganasan Rumah Tangga yang terletak di Kuala Langat. #mais #menjunjungamanah PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh August 28, 2024 PENGURUSAN HARTA ISLAM BERKAITAN ANTARA WASIAT & HIBAH DI DEWAN HAMZAH, KLANG KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh August 27, 2024 BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 27, 2024 PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 25, 2024 Add Your Heading Text Here