SHAH ALAM 7 Februari 2022 – Syukur Ya Allah, pada hari ini bersamaan 7 Februari 2022, seorang lagi saudara baru telah melafazkan kalimah syahadah. Beliau merupakan saudara baru berketurunan Bidayuh dan beragama kristian dari Sarawak. Alhamdulillah, saudara baru ini telah memilih Islam secara sukarela dan nama penuh Islam beliau adalah Alexander Anak Merang. Terima kasih kepada pihak Pusat Informasi Islam MAIS (PIIM) yang telah menguruskan pengislaman beliau. PIIM merupakan salah satu Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS bagi memudahkan proses memeluk agama Islam dan pendaftaran muallaf di Negeri Selangor. MAIS juga berperanan memastikan kesejahteraan sosial umat Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus pendaftaran muallaf. Hidayah itu milik Allah SWT. Marilah kita doakan agar perjalanan saudara baru kita ini dipermudahkan dan sentiasa beristiqamah ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Untuk maklumat lanjut berkaitan pengurusan pengislaman, bolehlah melayari laman web MAIS melalui pautan ini di http://www.mais.gov.my/bahagian-pendaftaran-muallaf…/ MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023