KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah antara inisiatif Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin mendalami pengurusan dan pentadbiran yang dilaksanakan di lapangan.Hari ini, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin, meneruskan Program Turun Padang ke Daerah Kuala Selangor menjejaki lima institusi didahului ke Pusat Penyembelihan Ayam di sebuah kilang di sini. Proses sembelihan patuh syariah itu adalah kewajipan bagi memastikan bekalan ayam yang halal sahaja dipasarkan untuk umat Islam. Seterusnya, beliau melihat sendiri pentadbiran dan kemudahan prasarana Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor. Antara amanat beliau di sini adalah agar dasar yang ditetapkan oleh MAIS dilaksanakan dengan sebaiknya oleh pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah ini dan memastikan perkhidmatan diberikan sentiasa cekap dan efisyen serta menjaga imej baik organisasi Islam. Perjalanan diteruskan ke Surau Al-Falah Taman Sirambai yang telah dinaik taraf sebagai Surau Solat Jumaat dan ke Maahad Tahfiz Muhammadiah, Kg Kuantan. Delegasi disambut dengan alunan selawat yang menenangkan. Maahad Tahfiz ini mempunyai 45 pelajar tahfiz dan dalam proses meluaskan lagi kutipan dana untuk pelajar di sini. Perjalanan diteruskan ke Pusat Pengajian Warga Emas di Kg Kuantan yang dikenali sebagai Pondok Moden. Dalam ucapannya, Pengerusi MAIS menzahirkan rasa terharu terhadap usaha memajukan tanah wakaf menjadi sebuah Pusat Pengajian yang lengkap dengan kelas pengajian, tempat penginapan, surau, dewan makan dan jadual pengajian lengkap. Kelihatan Pusat Pengajian ini seperti sebuah Taman Perumahan yang begitu menenangkan. Lawatan kali ini diakhiri di Masjid Muhammadiah Kg Kuantan yang baharu dinaiktaraf sebagai Masjid Pengurusan bagi melihat keadaan masjid yang perlukan penambahbaikan. Turut hadir kali ini ialah Y.D.H Dato’ Mohamad Yaacob Dato’ Ismail, Datuk Penggawa Pematang Paduka Mahabijaya, Orang Besar Daerah Kuala Selangor; Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; S.S. Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS; wakil Pengurusan Tertinggi MAIS, JAIS dan wakil dari agensi dan jabatan. #mais #menjunjungamanah TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah… Berita Penuh May 6, 2025 PROGRAM INSAN RABBANI: MAIS PULIHKAN 2,474 BEKAS AHLI GISBH TERMASUK KANAK-KANAK RAWANG, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan… Berita Penuh May 4, 2025 MAIS LANCAR KAD PERANCANG PEWARISAN ISLAM, LUAS PERANAN URUS WASIAT, HIBAH SHAH ALAM, 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 30, 2025 PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS – Lawat Agensi dan Anak Syarikat MAIS Shah Alam, 29 April – Program turun padang Pengerusi Majlis… Berita Penuh April 29, 2025 PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS – Lawat Wisma MAIS Shah Alam, 23 April – Program turun padang Pengerusi Majlis… Berita Penuh April 23, 2025 Add Your Heading Text Here