HULU LANGAT, 4 Oktober 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Sadin telah hadir merasmikan Majlis Penutup Kursus Profesional Taskforce Pro Tangkas 2026 bertempat di Kem PERKID Malaysia, di sini. Ketibaan Pengerusi MAIS disambut mesra oleh Pengerusi Pro Tangkas merangkap Presiden PERKID Malaysia, YBrs. Ustaz Masridzi bin Sat. Penganjuran kursus profesional ini bertujuan bagi memastikan NGO yang bernaung dibawah Pro Tangkas ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab berpandukan arahan yang telah ditetapkan oleh MAIS. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Pengerusi Jawatankuasa Riqab merangkap Anggota MAIS, YBhg. Tan Sri Hashim Meon, Anggota MAIS, YBhg. Datin Paduka Saudah Sulaiman, Anggota MAIS dan YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS #mais #MenjunjungAmanah #MAISsantuniAnda