KEPONG, 11 September 2026-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Baitulmal Daerah Gombak & Hulu Selangor telah dijemput untuk turut serta membuka reruai dan kaunter runding cara bersempena Forum Perdana Maulidur Rasul Peringkat FRIM bagi mendekatkan perkhidmatan Baitulmal kepada warga kerja serta komuniti sekitar. Pembukaan kaunter ini menjadi ruang untuk orang ramai mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan berkaitan pengurusan harta Islam, termasuk urusan wasiat, hibah, faraid dan perkhidmatan Baitulmal. Usaha sebegini bukan sekadar membuka sebuah kaunter, tetapi membawa perkhidmatan lebih dekat kepada masyarakat supaya ilmu, nasihat dan penyelesaian berkaitan pengurusan harta dapat diperoleh dengan lebih mudah dan jelas. Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita menghayati sunnah Baginda dalam membina kehidupan yang tersusun, amanah dan saling memberi manfaat. Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama. Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian https://siswa.mais.gov.my. Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my #MAISsantuniAnda #MAIS #MenjunjungAmanah