Berita MAIS

PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN
SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah merasmikan Malam Agungnya Cinta 2023 dengan bertemakan “Mensyukuri Kebahagian Anak Yatim” sempena Pelancaran Bulan Anak Yatim tahun 2023. Dalam majlis ini, MAIS turut menerima penghargaan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan ( YIDE) atas sumbangan sebanyak RM25 ribu yang disalurkan bagi membantu anak-anak yatim. YIDE juga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM507,590.62 dan sumbangan yang diberikan oleh para penaja Rakan Korporat YIDE dan orang ramai akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana Anak Yatim dan dana pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah. Program bulan anak yatim yang dianjurkan ini menjadi titik permulaan yang baik bagi masyarakat umum dan syarikat korporat untuk terus memberikan perhatian kepada anak-anak yatim khususnya dari sudut sokongan moral seperti sokongan emosi dan sebagainya. Malam Agungnya Cinta ini telah mengumpulkan beberapa rakan artis antaranya Ustaz Don Daniyal, PU Akram, Naim Danial, Kumpulan Nasyid UNIC dan Hijjaz. Turut hadir ialah Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Tan Sri Mazlan Mansur, Pengerusi YIDE; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE. #mais #menjunjungamanah #bulananakyatim #YIDE PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan… Berita Penuh September 17, 2023 KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM 16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan… Berita Penuh September 16, 2023 MAIS BUKA KAUNTER PENERANGAN SEMPENA KARNIVAL PUSPANITA NEGERI SELANGOR 2023 15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri… Berita Penuh September 15, 2023 USRAH BERSAMA GURU KAFA Sabak Bernam, 13 Sept – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh September 13, 2023 PROGRAM BUAL BICARA SEMPENA BULAN PEMBEBASAN RIQAB TAHUN 2023  SHAH ALAM, 13 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 13, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search