PUTRAJAYA, 18 November – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini, hari ini. Kehadiran YAD Senator Dato’ Setia disambut mesra oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim Haji Mokhtar, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kunjungan hormat ini adalah perbincangan tentang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara MAIS dan Kerajaan Persekutuan terutama aspek pendidikan Islam, ekosistem halal dan berkaitan pembangunan Islam di negeri Selangor. Semoga hubugan baik ini dapat membantu dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor. Semoga pertemuan ini akan terus meningkatkan sinergi serta hubungan erat antara MAIS dan Kerajaan Persekutuan. Turut hadir ialah Encik Abdul Ghaffar Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.