Klang, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, menganjurkan Program Tafaqquh Fiddin Siri 4/2024 kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengislaman yang terdiri dari Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS, Guru Pembimbing Asnaf Muallaf, Baitumal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid yang terlibat. Seramai 80 orang pegawai yang terlibat dalam program ini yang bertujuan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan pengenalan diri muallaf termasuk pindaan kad pengenalan bagi memastikan pengurusan pendaftaran muallaf dilaksanakan dengan sempurna. Antara lain dalam program ini ialah taklimat bertajuk “Isu Semasa Berkaitan Pindaan Pengenalan Diri Bagi Muallaf ” disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Zuraily Junuha merupakan Pegawai di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Selangor). Program ini juga dapat menambah pengetahuan Islam serta mampu membantu membimbing muallaf-muallaf agar dapat mengenal Islam dengan lebih dekat lagi. Penyertaan dan komitmen PPP MAIS dalam program diharap dapat membantu MAIS dalam menyantuni muallaf terutama dalam proses awal pengislaman mereka.Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan memuji MAIS kerana sentiasa menyantuni muallaf dan berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. Turut hadir dalam program ini ialah Ustazah Hafizatulakmal Abd. Jalil, Ketua Bahagian Pendaftran Muallaf dan PIBK MAIS, Puan Nurbaizura Zulkifli, Ketua Bahagian Siasatan, Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Selangor). #mais #menjunjungamanah PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 4/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS Klang, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh October 26, 2024 253 ORANG PELATIH PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAIS SHAH ALAM, 17 Oktober-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini… Berita Penuh October 24, 2024 MAIS TERIMA PENGHARGAAN DARI CAMBODIAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan penghormatan bagi menerima… Berita Penuh October 21, 2024 PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG ORANG ASLI, BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK Gombak, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh October 19, 2024 IJTIMA’ PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR 2024 DAN PELANCARAN PERATURAN-PERATURAN TAULIAH BAGI PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2024 SHAH ALAM, 19 Oktober 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor… Berita Penuh October 19, 2024 Add Your Heading Text Here