Berita MAIS

PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2024
KLANG, 13 OKTOBER : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Tautan Mahabbah Komuniti Disayangi Siri 2 Tahun 2024 pada 11-13 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Premiere Hotel Klang. Seramai 36 orang peserta di kalangan asnaf riqab terlibat dalam program ini yang bertujuan menerapkan nilai-nilai Islam dalam komuniti terbabit termasuk memperkukuhkan pemulihan asnaf riqab di samping membina hubungan baik antara ahli komuniti dengan MAIS. Antara penceramah program ini adalah Ustaz Mohd Firdauz Mohd Syukran, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM; Ustaz Ahmad Atoá Mokhtar, Pensyarah Kanan Universiti Islam Selangor; Dr. Engku Mardiah Engku Kamarudin, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia; Coach Shamseer Sarwar, Rumah Pemulihan Riqab Rumah Sahabat dan Coach Saiful Chua Abdullah, Pengurus Saif Ocean Enterprise. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama pasukan serta sesi perkongsian agama bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS. Peserta yang hadir rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. #MAIS #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN GLOBAL HAYAT SHAH ALAM, 17 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 29, 2024 FORUM PERDANA: “HARTA PUSAKA : HIBAH & WASIAT” KUANTAN, 14 OKT-MAIS melalui Baitulmal telah dijemput untuk menyampaikan Forum… Berita Penuh October 14, 2024 PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2024 SHAH ALAM, 17 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 13, 2024 MAIS PERUNTUK RM1 JUTA KEPADA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH MAIS SHAH ALAM, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 12, 2024 MAIS SELESAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS 2023 SHAH ALAM, 10 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 10, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search