Berita MAIS

AIS TERIMA LAWATAN PERTUBUHAN PERUNDING DAN PENGAMAL FARAID MALAYSIA
SHAH ALAM, 22 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal hari ini, menerima lawatan dari Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM). Delegasi yang diwakili seramai 5 orang pegawai dan diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya, Pengerusi PPFM bertujuan untuk memperkenalkan pertubuhan di samping mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama berkaitan pengurusan harta pusaka. Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi PPFM dan seterusnya mempengerusikan lawatan. Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Dr Mohd Azhar berkongsi maklumat penubuhan PPFM dan turut diadakan sesi soal jawab serta bertukar pandangan terutama pengurusan harta pusaka. Turut hadir dalam perbincangan adalah Ketua Bahagian dan Pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pengurusan pusaka di MAIS. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala diantara MAIS dan PPFM. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #faraid #pengurusanhartaorangislam #hartapusaka #ilmufaraid #islamicestateplanning #islamicinheritancelaw #baitulmalmais  PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh August 28, 2024 PENGURUSAN HARTA ISLAM BERKAITAN ANTARA WASIAT & HIBAH DI DEWAN HAMZAH, KLANG KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh August 27, 2024 BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 27, 2024 PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 25, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search