SHAH ALAM, 25 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Delegasi seramai dua orang diketuai oleh YBhg. Prof Dr. Sayuti Abd Ghani, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM bertujuan untuk membincangkan hal ehwal perhubungan dua hala antara UPNM bersama MAIS bagi memperkasakan pelajar asnaf dan B40 Selangor yang sedang melanjutkan pengajian di UPNM. Kunjungan lawatan disambut penuh mesra oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi); Puan Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK; Encik Zainudin bin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah LZS; Encik Muhammad Hafiz Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Zullman Sayuti, Penyelia Kanan Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Semoga jalinan kerjasama yang lebih erat dapat dilaksanakan di antara MAIS dan UPNM pada masa hadapan terutama dalam meringankan bebanan pelajar-pelajar asnaf yang melanjutkan pengajian di IPTA ataupun IPTS. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN DARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) SHAH ALAM, 25 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 25, 2024 RM195,500 DISERAH KEPADA LAPAN PENERIMA SUMBANGAN MASLAHAH UMUM MAIS Shah Alam. 24 Jun – Majlis Simbolik Serahan Sumbangan Maslahah… Berita Penuh June 24, 2024 KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH TAHUN 2024 SUBANG JAYA, 23 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 23, 2024 COFFEE TALK PENGERUSI MAIS BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR BIL. 1/2024 SHAH ALAM, 20 Jun – Coffee Talk Pengerusi MAIS bersama… Berita Penuh June 20, 2024 PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT. SHAH ALAM, 19 JUN – Program Ibadah korban bukan sahaja… Berita Penuh June 19, 2024 Add Your Heading Text Here