Berita MAIS

SEMINAR FARAID INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM
Sabak Bernam, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah dijemput hadir sebagai penceramah bagi memberi ceramah berkenaan Faraid Instrumen Pengurusan Harta Dalam Islam anjuran Politeknik Sabak Bernam. Program ini dihadiri seramai 120 orang Fakulti Perdagangan Jurusan Perbankan Islam hadir mendengarkan perkongsian yang diberikan.Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan ilmu faraid sebagai satu kaedah pengurusan harta pusaka yang terbaik. Pihak MAIS yang diwakili oleh Ustaz Hj. Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS telah menyampaikan informasi berkenaan topik yang diberi. Turut hadir bersama En Mohd Azmi Bin Mh Busra – Ketua jabatan Perdagangan dan En Mohd Fakhrurrazi Bin Awang @ Ghazali – Penolong Ketua Jabatan Perdagangan. Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan pengurusan harta serta mendidik untuk membuat perancangan harta semasa hidup. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #faraid #pengurusanhartaorangislam #hartapusaka #ilmufaraid #islamicestateplanning #islamicinheritancelaw #baitulmalmais#seminarfaraid #politeknik MAIS JOHAN KEJOHANAN MEMANAH SUKAN MAIS 2023 SHAH ALAM, 14 Oktober 2023 – Kontinjen Memanah Lelaki dan… Berita Penuh October 14, 2023 SEMINAR FARAID INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM Sabak Bernam, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 12, 2023 UCAPAN TERIMA KASIH Alhamdulillah, ucapan terima kasih kepada penonton yang mengikuti Forum Perdana… Berita Penuh October 12, 2023 MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 11 Okt – Pada 8-10 Oktober 2023 yang lepas, MAIS… Berita Penuh October 11, 2023 MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 SHAH ALAM, 6 Oktober–Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama… Berita Penuh October 6, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search