9 Sep, Hulu Selangor – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) & Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengadakan Program Pengukuhan Akhlak dan Jati Diri bertempat di Flinstone Chalet Ulu Yam. Program usahasama ini disertai seramai 94 orang adalah bertujuan memberi pengukuhan dan keyakinan diri peserta dalam kehidupan bermasyarakat, memupuk ukhuwah sesama pelatih dan kakitangan dan memberi penghargaan kepada pelatih agar mereka tidak merasa terpinggir. Antara penceramah program ini adalah Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek, Penceramah Bebas yang menyampaikan tajuk berkaitan pengukuhan akhlak dan pembangunan jati diri seseorang muslim. Turut hadir Ustaz Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah; Puan Mursyidah binti Ahmad Azam, Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan Daerah AADK Klang dan Puan Siti Erma binti Misran, AADK Daerah Hulu Selangor. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan serta permainan interaktif bagi memupuk semangat berpasukan dan nilai tanggungajawab terhadap diri sendiri, rakan rakan, keluarga, masyarakat dan agama. Para peserta rata-ratanya sangat gembira dan berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar dapat menyertai program seumpama ini pada masa akan datang. #mais #menjunjungamanah BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR PROGRAM PENGUKUHAN AKHLAK DAN JATI DIRI Shah Alam, 8 September—Bagi mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini… Berita Penuh September 9, 2023 MAIS Erat Silaturahim dan Kongsi Perkembangan bersama YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah Shah Alam, 8 September—Bagi mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini… Berita Penuh September 8, 2023 BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN KERJA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG Sabak Bernam, 8 Septembe–Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama… Berita Penuh September 8, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN MAINPP Shah Alam, 7 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 7, 2023 JEMPUTAN PERKONGSIAN HASIL BARU TERIMAAN BAITULMAL MAIS OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH 4 SEPT – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput… Berita Penuh September 4, 2023