SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Sosial telah menganjurkan Program Le Tour D’Masjid sempena Program Bulan Muallaf Tahun 2023. Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kariah masjid berkaitan Pengurusan Pengislaman dan peranan Institusi Masjid dalam menyantuni muallaf. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Dalam taklimat ini dijelaskan takrif muallaf, kepentingan mendaftar pengislaman selepas syahadah, mengambil berat kebajikan dan akidah muallaf dan masjid adalah antara tempat utama yang didatangi oleh mereka selepas memeluk Islam. Juga ditekankan tentang peranan institusi seperti masjid dan masyarakat awam dalam menyantuni muallaf dan mengambil berat hal ehwal kehidupan mereka. Program dihadiri kira-kira 80 orang jemaah itu bermula selepas Solat Maghrib sehingga waktu Isyak. PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA BERTEMAKAN “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 4, 2023 PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT SHAH ALAM, 1 Julai 2023 – Program Ibadah korban bukan… Berita Penuh July 3, 2023 MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH, SUNGAI BESAR SUNGAI BESAR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh June 27, 2023