AMPANG, 5 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menyantuni dengan meraikan penghuni rumah pemulihan riqab dalam program berbuka puasa bersama asnaf riqab sepanjang bulan Ramadhan. Program bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam mengimarahkan suasana Ramadhan di samping menyantuni penghuni rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS. Seramai 80 orang penghuni rumah pemulihan riqab hadir dalam program ini yang melibatkan Rumah Solehah, Rumah Bayt Ar-Rahmah, Rumah Sahabat, Rumah Bela Insan, Kem Perkid dan Rumah PINTAS. Selain meraikan penghuni rumah pemulihan riqab, turut diadakan simbolik penyampaian sumbangan hamper raya berupa pakaian baju melayu dan kuih raya kepada wakil setiap rumah pemulihan yang disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS diiringi oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Semoga dengan pelaksanaan program ini dalam bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi pemangkin semangat kepada asnaf riqab yang hadir serta menjadi asbab agar dipermudahkan usaha jihad dan jalan hijrah mereka. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023