SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,035,000.000 kepada 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang bernaung di bawah MAIS. Sumbangan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam perasmian penutup Persidangan PIBK Tahun 2022 di sini. Sumbangan diberikan berdasarkan komitmen pertubuhan dalam menangani isu berkaitan ancaman akidah dan sosial yang melibatkan umat Islam selain diukur mengikut Penilaian Prestasi dan Keberkesanan Program PIBK MAIS bagi tempoh setahun. “Semoga pemberian ganjaran ini akan mendorong semua PIBK MAIS untuk bersama-sama berganding bahu dalam mempertahankan dan memertabatkan kesucian agama Islam di Negeri Selangor,” kata Pengerusi MAIS. Antara PIBK yang menerima sumbangan MAIS ialah Muslim Care Malaysia Society (MUSLIM CARE), Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor (PEMADAM) dan Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan (DAIE). Sehingga kini, jumlah PIBK di bawah MAIS sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak 97 buah PIBK termasuk 4 buah Pusat Jagaan Warga Emas, 6 buah Rumah Kebajikan Anak Yatim dan 1 Rumah Perlindungan Al-Riqab. Kesemua PIBK tersebut dibahagikan kepada 10 Kluster iaitu Kluster Dakwah & Islah, Kluster Pemantapan Akidah, Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban, Kluster Pendidikan Islam dan Kluster Pembangunan Muallaf, Kluster Pendidikan Islam, Kluster Pemulihan Riqab, Kluster Kebajikan Fakir dan Miskin, Kluster Kebajikan Anak Yatim, Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam dan Kluster Amal Makruf Nahi Mungkar. Persidangan PIBK Tahun 2022 turut dihadiri seramai 300 orang peserta di kalangan PIBK, Anggota Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, Anggota Jawatankuasa Teknikal Pemerkasaan PIBK, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Anak Syarikat MAIS serta masyarakat awam. Persidangan diadakan bagi memberi peluang dan ruang kepada PIBK untuk bertukar-tukar idea dan pandangan dalam menangani isu-isu semasa ummah yang melibatkan kepentingan Islam di Negeri Selangor. MAIS berharap agar semua PIBK MAIS dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjaga, mempertahankan dan memartabatkan kesucian agama Islam selaras dengan hukum syarak. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023