Berita MAIS

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID KOTA RAJA
KLANG, 16 Oktober – Semalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang dikenali sebagai Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Kota Raja, khusus kepada pengunjung bagi berkongsi berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka, zakat dan wakaf. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Perarakan Maulidurrasul, Forum Perdana & Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh panel jemputa  dan pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan dan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Di samping itu, disediakan juga hadiah istimewa kepada para pelanggan yang mendaftarkan wasiat atau hibah mereka sepanjang hari berlangsung. Alhamdulillah sehingga petang ini, lebih 500 orang pengunjung telah menghadirkan diri ke program bertemu pelanggan dengan kerjasama Masjid Kota Raja bersempena sambutan Maulidurrasul.  turur menyertai, agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor dan Klinik Guaman Syarie MAIS yang membuka kaunter informasi untuk pengunjung program. Program Hari Bersama Baitulmal MAIS ini akan diteruskan di lokasi masjid terpilih sepanjang bulan Oktober iaitu  Masjid Bandar Baru Ampang pada 21 Oktober dan Masjid As-Salam Bukit Sentosa Rawang pada 28 Oktober. Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan Pengurusan Harta dalam kehidupan dan menjadikan MAIS rujukan utama dalam pengurusan harta. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search