Berita MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA LANGAT - Kenalpasti Isu Hal Ehwal Agama Islam di Peringkat Daerah
KUALA LANGAT, 19 Oktober – Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof diteruskan ke sekitar daerah Kuala Langat bagi mengenalpasti isu berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di daerah hari ini. Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, disambut mesra oleh Ustaz Hairul Anuar bin Samingan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat. Beliau telah menyampaikan informasi pentadbiran semasa Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat dan pendapat daripada pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya juga berkata, beliau menekankan kepentingan pengurusan hal ehwal agama Islam di daerah terutama perkara yang melibatkan dakwah dan pendidikan, imej dan nama baik Institusi Islam, kesegeraan dalam setiap tindakan dan hebahan maklumat hal ehwal agama Islam di daerah ini. “Semoga hubungan baik antara MAIS dan JAIS di peringkat daerah, terus terjalin dengan baik demi maslahah ummah,” katanya. Turut disampaikan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi daerah tersebut. Antara penerima peruntukan asnaf Fisabilillah bagi tujuan pembinaan dan baik pulih bagi daerah Kuala Langat pada hari ini adalah Masjid An Nur Kanchong Tengah, Masjid Bandar Saujana Putra, Surau Sekolah Kebangsaan Sri Lanang dan Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah. Jumlah keseluruhan sumbangan LZS bagi daerah Kuala Langat pada hari ini adalah berjumlah RM358,000.00. Di akhir program, Pengerusi MAIS turut melawati Kompleks Islam Kuala Langat yang baharu dan lawatan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat. Hadir sama ialah YAD Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat, Tengku Dato’ Mohamed Alhaj bin Tengku Harun; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS); Ustazah Salwana Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Ustaz Anuar Hamzah Toha, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search