SHAH ALAM, 4 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan dari Dato’ Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Pengarah Muzium Negeri Pahang hari ini. Kunjungan disambut mesra oleh YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.Kunjungan ini merupakan lawatan balas selepas delegasi MAIS mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Pahang pada 18 September lalu. Lawatan terdahulu bertujuan berkongsi pengalaman berkaitan operasi dan pengurusan Muzium Negeri Pahang. #mais #menjunjungamanah