Sabak Bernam, 21 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meraikan pelatih dengan menyumbang set kelengkapan aidilfitri dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelatih-Pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, MAIS. Seramai 25 orang pelatih Baitul Ehsan termasuk bayi dan kanak-kanak menerima sumbangan set kelengkapan aidilfitri berupa sepersalinan pakaian raya termasuk tudung, baju, dan kasut. Turut disampaikan sumbangan duit raya kepada pelatih-pelatih yang terlibat. Salah seorang pelatih mezahirkan rasa syukur dengan sumbangan Aidilfitri yang mereka terima.”Terima kasih MAIS, meraikan kami di majlis sebegini, sekurang-kurangnya kami juga merasa dihargai dan disayangi,” ujar salah seorang pelatih ketika ditemui di sini. Sumbangan ini bertujuan meraikan pelatih dalam bulan Ramadhan dan meringankan beban sempena syawwal bakal menjelang tidak lama lagi. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif; Inspektor Mohd Helmi Asnan, Ketua Balai Polis Sabak Bernam; Tuan Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Ibu Bapa/Penjaga pelatih serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS. #menjunjungamanah#BahagianPemulihanArRiqab MAIS RAI PELATIH, SUMBANG SET KELENGKAPAN AIDILFITRI KEPADA PELATIH-PELATIH BAITUL EHSAN Sabak Bernam, 21 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 21, 2025 MAIS Terima Sumbangan 600 pek bantuan raya untuk diagihkan kepada asnaf SHAH ALAM, 21 Mac – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh March 21, 2025 MAIS SUMBANG RM11.7 JUTA BANTU OPERASI 27 RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan… Berita Penuh March 19, 2025 MAIS PERUNTUKKAN RM652,470.00 BANTU 12,380 ANAK-ANAK YATIM DI NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 14 Mac-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan… Berita Penuh March 16, 2025 PENGERUSI MAIS SAMPAIKAN AMANAT DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAIS BIL. 2/2025 SHAH ALAM, 14 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 14, 2025 Add Your Heading Text Here