Berita MAIS

PROGRAM INSAN RABBANI: MEMULIHKAN AKIDAH KANAK-KANAK GISBH
Masjid Negeri Shah Alam, 24 Disember 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab, telah menganjurkan Program Insan Rabbani yang memberi fokus kepada proses pemulihan akidah kepada 70 orang ahli keluarga Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk 32 orang kanak-kanak. Program ini dijayakan oleh Majlis Agama islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara penceramah yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman ialah Ustaz Hj Firdaus bin Subhi, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Ustazah Nazirah binti Abu Bakar, JAKIM serta Guru-Guru Pendidikan JAIS. Pengisian program antaranya ialah ceramah membentuk keperibadian dan mengembangkan potensi peserta secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Peserta kanak-kanak juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan untuk menghayati dan melaksanakan tuntutan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi kewajipan umat islam. Para peserta program memberikan maklum balas positif terhadap program ini. MAIS TERIMA KUNJUNGAN CAMBODIA UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (CUMT) – Copy SHAH ALAM,16 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima… Berita Penuh January 22, 2025 MESYUARAT MAIS BIL.1/2025 SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 21, 2025 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PUSAT AKIDAH DAN JARINGAN GLOBAL, USIM SHAH ALAM, 20 Januari – Seramai 40 orang mahasiswa dan… Berita Penuh January 20, 2025 MAIS LANCAR BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT (BCM) SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 14, 2025 PROGRAM INSAN RABBANI: MEMULIHKAN AKIDAH KANAK-KANAK GISBH SHAH ALAM,16 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima… Berita Penuh December 24, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search