Berita MAIS

MAIS SERU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI, SYARIKAT KORPORAT DAN SWASTA TUNAI WAKAF KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR
SHAH ALAM, 5 Disember – YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyeru kepada semua syarikat korporat dan swasta terutamanya anak syarikat kerajaan negeri menghulurkan sumbangan wakaf tunai korporat ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar dapat dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi di Selangor. “Sekiranya lebih banyak anak syarikat kerajaan negeri turut serta membuat bayaran wakaf tunai korporat, jumlah kutipan wakaf akan bertambah dari masa ke semasa,” ujar beliau. Beliau juga berharap agar semua anak syarikat kerajaan negeri mencontohi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) yang telah menyempurnakan wakaf tunai korporat kepada PWS. Tambahnya lagi, PWS iaitu anak syarikat MAIS akan terus komited dalam membudayakan amalan berwakaf dan menyeru kepada anak syarikat kerajaan negeri yang lain atau syarikat swasta untuk mengambil peluang berwakaf. Pada 4 Disember, PWS telah menerima sumbangan wakaf tunai korporat berjumlah RM200,000 dari KPS Berhad. Menurut PWS, KPS Berhad adalah syarikat milik kerajaan negeri Selangor (GLC) yang pertama melaksanakan wakaf tunai korporat tersebut. #mais #menjunjungamanah  MAIS TERIMA LAWATAN DARI PIMPINAN PUSAT DEWAN DA’WAH ISLAMIYAH INDONESIA SHAH ALAM, 8 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 8, 2023 MAIS KONGSI PENGALAMAN BERSAMA TIGA PUSAT PEMULIHAN DADAH UNTUK PENINGKATAN PENGURUSAN BAITUL ISLAH Kuala Terengganu–Bagi meningkatkan lagi kualiti pengurusan operasi di Pusat Pemulihan… Berita Penuh December 7, 2023 PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN ASET MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 7 Disember – YAD Tan Sri Dato Seri… Berita Penuh December 7, 2023 RM56,416.00 DISUMBANG KEPADA 328 PENERIMA FIDYAH KUALA SELANGOR DAN KUALA LANGAT SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh December 6, 2023 MAIS SERU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI, SYARIKAT KORPORAT DAN SWASTA TUNAI WAKAF KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR SHAH ALAM, 8 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 5, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search