Bangi, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah dijemput hadir sebagai ahli panel bagi memberi penerangan berkaitan Pengurusan Harta Semasa Hidup dan Setelah Kematian dalam Seminar Muamalat 2023 anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Program ini dihadiri seramai 500 orang peserta di kalangan penjawat awam dan masyarakat. Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kepentingan pengurusan harta semasa hidup dan selepas kematian. Ahli Panel MAIS diwakili oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS menyampaikan pembentangan bertajuk: Tata Kelola Harta Pusaka: Pelaksanaan. Selain MAIS, turut hadir bersama ahli-ahli panel yang lain iaitu Puan Azmeen binti Azhari, wakil Amanah Raya Berhad, Dr. Jaharudin Padli Al Banjari, Pertubuhan Perunding & Pengamal Faraid Malaysia dan majlis tersebut dikendalikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mahmood dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai Moderator. Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan pengurusan harta serta mendidik untuk membuat perancangan harta semasa hidup. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Promosi potongan harga sebanyak RM100 bagi permohonan wasiat masih terbuka kepada semua pelanggan sehingga 25 Jun 2023. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my SEMINAR MUAMALAT 2023, RANCANG HARTA, URUS PUSAKA 9 Jun 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh June 14, 2023 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN CERAMAH BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH 9 Jun 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh June 12, 2023 MAIS MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA LEMBAGA PELAWAT BAITUL EHSAN BIL 2/2023 Sabak Bernam, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor telah… Berita Penuh June 12, 2023 HARI BERTEMU PELANGGAN BULAN SUMBER MANUSIA PERODUA 2 Jun 2023 – Bersempena Hari Bertemu Pelanggan Perodua yang… Berita Penuh June 6, 2023 PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN DI BAWAH MAIS Shah Alam – Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS… Berita Penuh May 29, 2023