SHAH ALAM, 18 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan program Tafaqquh Fiddin sebanyak 10 siri kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan pengislaman di Pusat Pengurusan Pengislaman di bawah MAIS. Sebanyak 39 buah Pusat Pengurusan Pengislaman di bawah MAIS yang terdiri dari Baitulmal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid-masjid yang terlibat. Program ini akan dilaksanakan pada setiap bulan dengan membincangkan beberapa tajuk berbeza yang memfokuskan kepada fiqh pengurusan Muallaf. Antara objektif program ini adalah untuk mengupas dan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan dengan muallaf. Selain itu, program ini memberi pendedahan dalam menyeragamkan penyampaian maklumat kepada muallaf mengenai asas kefahaman Islam semasa proses awal pengislaman. Pengisian program tafaqquh fiddin disampaikan oleh Profesor Dr. Abdul Ghafar Don dan Ustaz Anuar Puteh yang merupakan pensyarah dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan mempunyai bidang kepakaran berkaitan dakwah kepada saudara baru. Program ini dirasmikan oleh Ustazah Hafizatulakmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS merangkap Ketua Pendaftar Muallaf Negeri Selangor. Penyertaan serta komitmen Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS dalam program ini amatlah penting untuk membantu pihak MAIS dalam menyantuni muallaf terutama semasa proses awal pengislaman mereka. MAIS ANJUR PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN MAIS SHAH ALAM, 18 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 17, 2023 MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI JOHOR -Sumbang RM106,000.00, Tanda Solidariti Antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) Johor – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di… Berita Penuh March 17, 2023 FORUM PUSAKA “URUS HARTA, SEBELUM BERPUAKA” 18 Mac 2023 – Telah berlangsungnya satu forum yang bertajuk… Berita Penuh March 17, 2023 DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN WAKAF SELANGOR SESI 2023-2025, ANGGOTA PANEL TETAP HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DAN HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM, 16 Mac – Duli Yang Maha Mulia Sultan… Berita Penuh March 17, 2023 TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU ADALAH PESURUH ALLAH 14 Mac 2023 – Syukur Ya Allah, Alhamdulillah hari ini,… Berita Penuh March 17, 2023