Berita MAIS

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK
Hulu Selangor, 7 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK telah mengadakan Program Sambutan Hari Aids Sedunia dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor (PKDHS). Program usahasama ini disertai seramai 400 orang peserta bertujuan memupuk kesedaran dan memberi pendedahan mengenai penyakit HIV dan AIDS dikalangan masyarakat. Selain daripada memberi kefahaman kepada masyarakat tentang jangkitan HIV/AIDS, objektif lain adalah menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap orang dengan HIV/AIDS (ODHA) serta meraikan ODHA dalam meneruskan kehidupan sebagai insan rabbani selari dengan tema Sambutan Hari Aids tahun 2024 iaitu “Tunaikan Hak Yang Saksama”. Acara pelepasan fun walk Program Sambutan Hari Aids Sedunia telah disempurnakan oleh Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Program ini juga turut dihadiri Dr Suhaida Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Ar-Riqab MAIS, Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Puan Mazlina Osman, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah dan barisan Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Baitul Islah. Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah acara senamrobik, fun walk sambil melihat info-info kesihatan berkaitan HIV/AIDS di sepanjang trek fun walk, Poket Talk yang disampaikan oleh Pegawai MAIS, PKDHS dan AADK, pertandingan mewarna serta kaunter pameran MAIS dan agensi Kerajaan di Daerah Hulu Selangor.Para peserta sangat gembira dan berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar dapat menyertai program seumpama ini pada masa akan datang. #mais #menjunjungamanah KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE AFFIN BANK KUALA LUMPUR Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor… Berita Penuh December 3, 2024 ENAM PEGAWAI TERIMA TAJAAN TUNAI UMRAH MAIS, BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 3, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3… Berita Penuh December 3, 2024 PROGRAM IJTIMA’ MUALLAF DAERAH KUALA LANGAT KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 30, 2024 MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah… Berita Penuh November 28, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search