MAIS TERIMA LAWATAN DARI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM - Kongsi Maklumat Pengurusan Baitul Ehsan
SABAK BERNAM, 13 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, 13 Julai menerima lawatan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan operasi dan pengurusan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS di samping mengeratkan hubungan baik antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan MAIS. Delegasi YPKDT diketuai oleh En. Zulkafli Kadir, Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga,  YPKDT bersama 9 ahli delegasi disambut mesra oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, yang turut mengalu-alukan kehadiran delegasi. “YPKDT juga dalam usaha menubuhkan Rumah Pesona Johor (Rumah Perlindungan Sementara Wanita) yang dijangkakan akan dilaksanakan bermula tahun 2023. Melalui pertemun ini , sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan untuk penubuhan Rumah Pesona Johor,” ujar Zulkafli Kadir. Delegasi diberikan taklimat terperinci berkaitan Baitul Ehsan meliputi pengurusan dan operasi yang disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Seterusnya delegasi berpeluang bersoal jawab untuk memahami sepenuhnya berkaitan operasi Baitul Ehsan. Seterusnya delegasi dibawa melawat sekitar bangunan Baitul Ehsan. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan wanita yang terlibat dangan gejala sosial dan memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan. Turut hadir Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS,  En. Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search