Hulu Selangor, 6 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, menerima lawatan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Negeri Pahang bertujuan untuk melihat operasi pemulihan, rawatan dan perlindungan yang dijalankan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Delegasi lawatan seramai 13 orang pegawai diketuai oleh Tuan Mohd Redza Mohd Ayob, Ketua Unit Pengurusan Penempatan Asnaf, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) disambut mesra oleh Puan Mazlina Osman MAIS, Penguasa Baitul Iman dan pegawai MAIS yang hadir. Antara lain ialah perkongsian taklimat ringkas Operasi Baitul Iman yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Iman. Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman yang terletak di Hulu Yam Bharu, Selangor. Pihak MUIP dan KKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas layanan dan kerjasama yang diberikan. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dengan MUIP dan KKM Negeri Pahang. #mais #menjunjungamanah KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE JAKESS BAGI MENGATUR STRATEGI HAL EHWAL ISLAM Shah Alam, 6 Jun 2024 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh June 7, 2024 BAITUL IMAN MAIS TERIMA LAWATAN MUIP DAN KKM PAHANG Hulu Selangor, 6 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 6, 2024 PROGRAM PENERANGAN ‘KENALI WARIS FARAID ANDA’ DI HOSPITAL SELAYANG SELAYANG, 6 Jun -Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit… Berita Penuh June 6, 2024 MAIS BINCANG PELAKSANAAN AGIHAN FIDYAH WANG SAKU PELAJAR BERSAMA UNIVERSITI SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 5, 2024 MAIS SAMPAI TAKLIMAT PENGURUSAN WASIAT KEPADA PEGAWAI PDRM SHAH ALAM, 6 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 28, 2024 Add Your Heading Text Here