PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS
KLANG 17 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan Program Tafaqquh Fiddin Siri 3/2024 kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengislaman sebanyak 41 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS yang terdiri daripada Baitulmal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid. Seramai 50 orang pegawai terlibat dalam program ini yang bertujuan membincangkan beberapa isu terutama fiqh pengurusan Muallaf. Antara objektif program ini adalah untuk mengupas dan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan dengan muallaf di samping dapat menyeragamkan penyampaian maklumat kepada muallaf mengenai asas kefahaman Islam semasa proses awal pengislaman. Selain itu, program ini juga dapat menyatukan hati, pemikiran dan matlamat utama di kalangan pegawai dari PPP dalam pengurusan muallaf di negeri Selangor.Pengisian program Tafaqquh Fiddin siri ke 3/2024 kali ini disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Fitri Bin Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor dengan tajuk “Muallaf dan Akidah”. Program ini juga dapat menambah pengetahuan Islam serta mampu membantu dan membimbing muallaf-muallaf agar dapat mengenal Islam dengan lebih dekat lagi. Penyertaan serta komitmen PPP MAIS dalam program ini amatlah penting untuk membantu MAIS dalam menyantuni muallaf terutama semasa proses awal pengislaman mereka. Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan memuji MAIS kerana sentiasa menyantuni muallaf dan berharap program ini dapat diteruskan di masa akan datang. #mais #menjunjungamanah  PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh August 28, 2024 PENGURUSAN HARTA ISLAM BERKAITAN ANTARA WASIAT & HIBAH DI DEWAN HAMZAH, KLANG KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh August 27, 2024 BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 27, 2024 PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 25, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search