KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan program Ijtima’ Muallaf Daerah Kuala Langat. Program berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 300 saudara baru Islam yang terdiri dari pelbagai suku dan bangsa di sini. Program diadakan bertujuan untuk menghimpunkan muallaf dari Daerah Kuala Langat bagi memberi pendedahan berkaitan kefahaman Islam selain merapatkan hubungan silaturrahim dan membina ukhwah Islamiah. Program ini juga mendapat kerjasama dari JAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pendaftaran Negara, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS). Antara aktiviti sepanjang program berlangsung adalah Sembang Santai, Kaunter Kemaskini Kad Islam, Kaunter Saringan Kesihatan, Kaunter Mahkamah dan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Program dirasmikan Puan Salwana Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Turut hadir Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Tuan Hairul Anuar Samingan, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat; Yang Arif Tuan Mohd Nazrin Mohd Ali, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat dan Ustaz Haji Muhammad FitrimAbdullah, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor. #mais #menjunjungamanah PROGRAM IJTIMA’ MUALLAF DAERAH KUALA LANGAT KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 30, 2024 MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS HASILKAN LIMA PENYELIDIKAN BAGI ISU-ISU HAL EHWAL ISLAM SELANGOR 2023/2024 SHAH ALAM, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS JALINKAN KERJASAMA STRATEGIK FIDYAH BERSAMA KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS LUASKAN DAKWAH KESEDARAN ISU AKIDAH DAN SOSIAL PERINGKAT IPT SHAH ALAM, 27 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 27, 2024