SHAH ALAM 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), menerima lawatan dari Syarikat MyEG. Kunjungan seramai tiga orang pegawai diketuai oleh Encik Sha Raiza bin Abd Razak, Eksekutif Kanan Bahagian Projek MyEG. Kunjungan MyEG ini adalah bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama Rakan Strategik terutama dalam kutipan Fidyah dan kaedah pembayaran kepada pelanggan yang lebih efisien dan komprehensif. Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS mengalu-ngalukan kehadiran MyEG dan seterusnya mempengerusikan kunjungan hari ini. “Semoga usahasama ini dapat dijayakan demi kepentingan masyarakat dalam melunaskan tanggungjawab yang perlu dilunaskan,”katanya. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah MAIS, Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran, Baitulmal MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MyEG. MAIS TERIMA KUNJUNGAN DARI MYEG, JALINAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS ADAKAN BENGKEL PERATURAN-PERATURAN BAITULMAL NEGERI SELANGOR BIL. 1/2023 13 Feb 2023 – Pada 10 hingga 12 Feb 2023… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS SANTUNI 555 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING & SEPANG, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING BERNILAI RM82,140.00 Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh February 27, 2023 LAWATAN MAIS KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU TERENGGANU, 13 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS LAWAT SEKOLAH TUNAS BAKTI (P), MARANG TERENGGANU, 12 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh February 27, 2023