SABAH, 4 Oktober 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyertai Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM SABAH 2023). MAIS diwakili oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS di sini. Seramai 500 orang peserta telah hadir mengikuti program ini yang bertemakan “Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Dalam Era Malaysia Madani”. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan hal ehwal Islam di seluruh Malaysia yang berintegriti serta berwibawa dalam membangun Malaysia Madani. Ucaptama bertajuk “Transformasi Kepimpinan Dalam Mendepani Revolusi 4.0 dan Society 5. 0” telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mond Tahir, Excutive Chairman of Dagang NeXchange Pathad (‘DNeX’) merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tiga (3) ahli panel lain juga turut menyertai pembentangan selari iaitu S.S Datu Haji Kipli Haji Yassin, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak; YBhg. Datuk Haji Misnu Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan S.S Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah manakala Pembentangan Resolusi telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir ialah Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sementara itu, MAIS bersama Jabatan-jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat turut menyertai sebagai Kontinjen Selangor ke IJPAM iaitu Kejohanan Sukan Antara Agensi Agama Islam Seluruh Malaysia dengan penglibatan seramai 120 orang pegawai. Antara sukan yang dipertandingkan ialah sepak takraw, bola sepak, memanah, bola jaring dan sukan badminton. MAIS SERTAI KONVENSYEN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM SELURUH MALAYSIA SABAH, 4 Oktober 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 4, 2023 KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H MASJID KOTA RAJA 30 September 2023 – Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak… Berita Penuh September 30, 2023 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN TAZKIRAH JUMAAT KEPENTINGAN PENGURUSAN PUSAKA Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh September 29, 2023 BAITUL EHSAN JUARA KESELURUHAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN PUSAT TAHUN 2023 SABAK BERNAM, 27 September 2023 – Pusat Perlindungan Wanita Baitul… Berita Penuh September 27, 2023 BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA SERENDAH, 25 September – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar… Berita Penuh September 25, 2023 Add Your Heading Text Here