SHAH ALAM, 8 Disember – Seramai 36 pelajar dari Panitia Syariah, Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang (SMKTK) hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal. Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Haji Aidi Jonli Saion, Panitia Syariah, Pusat Tingkatan Enam, SMKTK disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Antara lain dalam lawatan bertujuan menimba pengalaman dan kefahaman berhubung sukatan pelajaran dan pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka. Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan pengurusan wasiat dan hibah yang disediakan oleh MAIS. “Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya. Sementara itu, Tuan Haji Aidi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan ini untuk menghadapi STPM yang akan datang. Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023