PUTRAJAYA, 18 April 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan ziarah ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tujuan berkongsi pengalaman dan isu berbangkit berhubung hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajudin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan mewakili MAIS ialah Yang Berusaha Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Dalam masa yang sama, pelbagai isu telah dibincangkan bersama di antara MAIS dan JAKIM meliputi hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor khususnya. Antara perkara yang dibincangkan ialah perundangan, akidah, penyelarasan program dan sebagainya. Turur hadir bersama ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi), Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) dan beberapa wakil Pengurusan Tertinggi MAIS. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023