PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE PULAU KETAM
PULAU KETAM, 15 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan Program Turun Padang MAIS ke Pulau Ketam dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat khususnya muallaf dan komuniti orang asli dalam urusan kemaskini dokumen Islam serta memastikan bantuan zakat sampai kepada yang layak. Seramai 140 peserta termasuk muallaf dan penduduk orang asli terlibat dalam program ini berpeluang untuk menukar Kad Islam ke versi terkini dan pendaftaran status agama di dalam Mykad. Selain urusan dokumentasi, program ini merangkumi aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna dan kuiz untuk kanak-kanak. Selain itu, turut diadakan sumbangan fidyah melibatkan penerima di sekitar Pulau Ketam dan Pulau Indah. Seramai 25 orang penerima menerima sumbangan fidyah berupa kotak makanan kering iaitu Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis. Manakala LZS menjalankan semakan data penerima zakat bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil. Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr. Hjh Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. #mais #maismenjunjungamanah PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE PULAU KETAM SHAH ALAM, 14 Feb 2025- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 15, 2025 AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH INFAQ KEPADA MAIS SHAH ALAM, 14 Feb 2025- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 14, 2025 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIP Shah Alam, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 13, 2025 PROGRAM HALA TUJU PENGURUSAN PENGISLAMAN KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) DAN BAITULMAL DAERAH TAHUN 2025 Klang, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh February 13, 2025 MAIS SALUR RM60 RIBU WANG SAKU KEPADA 200 KANAK-KANAK GISBH SHAH ALAM, 8 Februari 2025 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh February 8, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search