MAIS TERIMA LAWATAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM
SHAH ALAM, 16 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Delegasi seramai 14 orang pegawai PTAR diketuai oleh Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan fail dan rekod yang dilaksanakan di MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS mengalu-ngalukan kehadiran delegasi dari PTAR dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini. Dalam perkembangan yang sama, Puan Siti Jalilah Mohd Tubin, Ketua Bahagian Pentadbiran MAIS turut berkongsi maklumat berkaitan Digital Document Management System (DDMS) yang dilaksanakan di MAIS. Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Puan Rohana Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan PTAR. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM Alhamdulillah, ucapan terima kasih kepada penonton yang mengikuti Forum Perdana… Berita Penuh October 16, 2023 MAIS JOHAN KEJOHANAN MEMANAH SUKAN MAIS 2023 SHAH ALAM, 14 Oktober 2023 – Kontinjen Memanah Lelaki dan… Berita Penuh October 14, 2023 SEMINAR FARAID INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM Sabak Bernam, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 12, 2023 UCAPAN TERIMA KASIH Alhamdulillah, ucapan terima kasih kepada penonton yang mengikuti Forum Perdana… Berita Penuh October 12, 2023 MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 11 Okt – Pada 8-10 Oktober 2023 yang lepas, MAIS… Berita Penuh October 11, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search