MAIS SUMBANG RM100,000.00 KEPADA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR
SHAH ALAM 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS). Daripada jumlah tersebut, masing-masing menerima RM50,000.00. Sumbangan yang menggunakan peruntukan Baitulmal itu bertujuan untuk  membantu melancarkan operasi maslahah ummah dan penganjuran program dan aktiviti pengimarahan Islam khususnya di negeri Selangor. Majlis simbolik penyerahan sumbangan MAIS hari ini disampaikan oleh YBhg. Dr Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada YAD Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Tuan Haji Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, JPSS. MAIS berharap agar sumbangan ini dapat membantu melancarkan lagi operasi dan pelaksanaan aktiviti agensi agama tersebut bagi memastikan perkhidmatan JMNS dan JPSS dapat dilaksanakan dengan lebih baik. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search