SABAK BERNAM, 27 Feb – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk memberi Ceramah berkenaan tajuk “Pengurusan Harta” dan dalam masa yang sama, kaunter penerangan perkhidmatan Baitulmal juga telah dibuka. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Makhi bin Adnan , Ketua Zon Utara Baitulmal Daerah berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai-pegawai dari Baitulmal Daerah Sabak Bernam. Kehadiran dianggarkan seramai 41 orang jemaah yang menyertai program dengan diajukan pelbagai bentuk soalan berkenaan Pengurusan Harta. Peserta program didedahkan dengan pengisian 2 slot ceramah. Slot 1 – Pengenalan Pewarisan Harta Pusaka. Slot 2 – Wasiat Hibah & faraid instrumen Pewarisan Islam. Peserta juga didedahkan dengan perkhidmatan baitulmal yg lain seperti penyucian harta Wang Tak Patuh Syariah, pengurusan Harta luqatah dan Wang Orang Berhutang juga berkaitan harta pusaka termasuk hibah dan wasiat. Program mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta melalui sesi soal jawab. Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta yang hadir dalam hal-hal pengurusan dan pembahagian harta pusaka dengan lebih baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama. Berita disediakan oleh Bahagian Baitulmal Daerah Sabak Bernam. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #penama #pentadbir #wasiat #hibah #hartapusaka #islamicestateplanning DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAIS, ANGGOTA JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, ANGGOTA PANEL HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR DAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR SHAH ALAM, 23 Februari – Duli Yang Maha Mulia Sultan… Berita Penuh February 23, 2024 JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN FIDYAH DI MASJID TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG HULU LANGAT, 22 Feb – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh February 22, 2024 KUNJUNGAN HORMAT BAITUL EHSAN KE PEJABAT ORANG BESAR DAERAH SABAK BERNAM Sabak Bernam, 21 Februari 2024- Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan… Berita Penuh February 21, 2024 MAIS RAI RAKAN MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM, 21 Februari — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 21, 2024 MAIS BEKERJASAMA DENGAN 298 RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 21, 2024 Add Your Heading Text Here