PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS
Shah Alam, 6 Feb-Program Coffee Talk diadakan antara Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, sebagai inisiatif bagi mengukuhkan hal ehwal Islam di Selangor dan membincangkan perkembangan isu semasa yang berkaitan. Program ini memberi peluang kepada ketua jabatan dan wakil jabatan untuk berinteraksi secara langsung dengan Pengerusi MAIS bagi bertukar pandangan dan merancang langkah-langkah untuk memastikan urusan agama di Selangor dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisien. Pengerusi MAIS turut mengalu-alukan kehadiran Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor yang baru dilantik, Puan Sofian Ahmad. Beliau memulakan tugas pada 3 Februari tahun ini. Turut diraikan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Siti Razmah Idris, yang menyertai jabatan itu pada 15 Januari. Kehadiran mereka diharapkan dapat memberi impak positif dalam pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri Selangor. Turut Hadir YAD Dato’ Setia Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dr Hj Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Hajjah Norzaihan Mohd Zain; Timbalan Setiausaha Operasi MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS. #mais #menjunjungamanah MAIS SALUR RM60 RIBU WANG SAKU KEPADA 200 KANAK-KANAK GISBH SHAH ALAM, 8 Februari 2025 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh February 8, 2025 PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara… Berita Penuh February 6, 2025 PERBINCANGAN KERJASAMA MAIS DAN TABUNG HAJI BERKAITAN KUTIPAN FIDYAH & KAFFARAH KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh February 4, 2025 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR DAN BAITULMAL BERBIDANG KUASA MENGURUSKAN HARTA LUQATAH Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke… Berita Penuh January 28, 2025 RM13 JUTA BANTUAN FIDYAH MAIS DIAGIHKAN KEPADA 50,054 PENERIMA YANG LAYAK SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 25, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search