BENGKEL KEMASKINI GERAK KERJA PENGURUSAN KES MAHKAMAH
SHAH ALAM, 18 Februari –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Sosial, Sektor Undang-Undang dengan kerjasama Unit Khidmat Nasihat Jabatan Mufti Selangor telah mengadakan bengkel bagi mengemaskini gerak kerja dalam pengurusan kes di mahkamah bermula 17 hingga 18 Februari 2023. Objektif utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan gerak kerja yang lebih teratur dan sistematik serta jaringan kerjasama antara  MAIS, Jabatan Mufti Selangor dengan agensi lain yang berkaitan dalam menangani isu berkaitan akidah di Selangor. Bengkel ini dihadiri Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Penolong Mufti, Bahagian Fatwa, Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor, Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS dan Puan Nurul Shakirah binti Johari Ketua Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS. Turut hadir ke bengkel ini adalah sukarelawan serta panel penasihatan akidah dari Jabatan Mufti Selangor. Hasil daripada pembentangan dan perkongsian isu-isu berbangkit, bengkel kali ini dapat mewujudkan manual gerak kerja yang seragam antara Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Bahagian Undang-Undang Syariah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab dan Jabatan Mufti Selangor serta beberapa resolusi. BENGKEL KEMASKINI GERAK KERJA PENGURUSAN KES MAHKAMAH Selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima… Berita Penuh February 27, 2023 694 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG & KUALA SELANGOR DIBANTU Selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima… Berita Penuh February 27, 2023 PROGRAM PEMULIHAN LELAKI BERTEMAKAN “ MUKMIN DIREDHAI” KUALA LUMPUR, 11 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS TERIMA KUNJUNGAN DARI MYEG, JALINAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK – Lawatan ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK Hulu Yam, 14 Feb 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh February 27, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search