MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAIPk
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16 Disember 2024 menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung fatwa fidyah dan kaedah pelaksanaan agihan fidyah di negeri Selangor. Delegasi lawatan seramai enam orang diketuai oleh Ustaz Bakri Lee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIPk disambut baik oleh Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan mengalu-alukan kehadiran delegasi. “Terima kasih kepada pihak MAIPk kerana memilih MAIS untuk berkongsi maklumat berkaitan fidyah di negeri Selangor, semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dalam pengurusan agihan fidyah di agensi agama negeri masing-masing,” kata Dr Hajah Norzaihan. Antara lain, pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan MAIS dan MAIPk.Hadir mewakili MAIS ialah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman, Ketua Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Selangor dan Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAIPk Shah Alam – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh December 16, 2024 CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh December 13, 2024 KHIDMAT KAUNTER BAITULMAL DALAM PROGRAM KARNIVAL KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di… Berita Penuh December 11, 2024 MAIS BANTU MANGSA BANJIR DI NEGERI KELANTAN , TERENGGANU DAN KEDAH KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di… Berita Penuh December 10, 2024 PENGERUSI MAIS RASMI SAMBUTAN HARI OKU SEDUNIA Shah Alam, 8 Disember – Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’… Berita Penuh December 8, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search