TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU
SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima dividen daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berjumlah RM200  ribu bagi tahun kewangan 2022. Penyerahan dividen ini menunjukkan perkembangan baik dalam pencapaian operasi perniagaan TERAS sepanjang tahun lepas. MAIS mengucapkan jutaan tahniah atas pencapaian ini dan berharap TERAS akan lebih maju dan berjaya pada tahun ini. Penyerahan dividen ini  telah berlangsung selepas Mesyuarat MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah yang disempurnakan oleh Pengerusi TERAS, Dato’ Bakhtiar Bin Hussin kepada YAD. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof , Pengerusi MAIS. Hadir bersama dalam penyerahan dividen ini adalah Y.Bhg Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar Setiausaha MAIS dan En. Mohd Hasnul Redza  Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS. TERAS merupakan agensi MAIS yang berperanan bertanggungjawab membangun, mengurus dan mengawal pembangunan usahawan asnaf di Negeri Selangor. TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 25, 2023 TAHNIAH PELANTIKAN PENGERUSI BARU TERAS, YBHG. DATO’ BAKHTIAR BIN HUSIN Shah Alam, 25 Julai – YAD Tan Sri Dato’ Seri… Berita Penuh July 25, 2023 PENGERUSI MAIS MELAWAT TAPAK PROJEK MASJID DENAI ALAM DENAI ALAM, 21 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 24, 2023 MAIS TERIMA DELEGASI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI IMAM, PADANG Shah Alam, 21 Julai – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 21, 2023 KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA AHMADI DIHATIKU 100 TAHUN 19 Julai 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan… Berita Penuh July 19, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search