KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 2/2024
KLANG, 10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Pembimbing Riqab Siri 2/2024 pada 8-10 November 2024 bertujuan sebagai medium pemantapan pemahaman, pengukuhan dan penguasaan fardhu ain kepada peserta yang terlibat bersesuaian dengan tugas sebagai pembimbing riqab. Peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah seramai 55 orang guru pembimbing Riqab yang mengajar dan membimbing para pelatih di Rumah Pemulihan Riqab MAIS. Kursus ini melibatkan enam orang penceramah daripada pelbagai bidang dan kepakaran antaranya ialah Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Prof Madya Dr Hasnan bin Kasan; Haji Solekhan Roup; Puan Khairiah Mohamed; dan Tuan Mohd Amer Tuan Ismail. Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing riqab yang telah dilantik bagi menjalankan tugas tanggungjawab sebagai pembimbing dalam proses pemulihan kepada asnaf riqab. Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam menambah baik pengurusan tugas pembimbing riqab agar cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membimbing asnaf riqab di negeri Selangor. #mais #menjunjungamanah AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM 109,047.00 DIAGIH KEPADA 489 PENERIMA YANG LAYAK 13 Nov – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan… Berita Penuh November 13, 2024 TAHNIAH KEJAYAAN MAIS RANGKUL ANUGERAH EMAS DI ICQCC, SRI LANKA TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 12, 2024 KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 2/2024 KLANG, 10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 10, 2024 KURSUS PEMANDU PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 2024 TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 8, 2024 84 MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS SHAH ALAM, 8 November – Seramai 84 mahasiswa dan mahasiswi… Berita Penuh November 8, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search