KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan Bengkel Pemurnian Modul Pelaksanaan Istitabah Luar Pusat Bil.1/2024 pada 2 hingga 4 Februari 2024. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memantapkan kaedah pelaksanaan proses istitabah melalui modul. Selain itu modul tersebut dapat menjadi panduan kepada panel dalam melaksanakan sesi istitabah luar pusat bagi tujuan melaksana perintah istitabah Mahkamah Tinggi Syariah. Bengkel selama tiga hari dua malam ini mendapat kerjasama dari ahli-ahli pakar yang terdiri daripada Dr. Abu Zaki bin Ismail, Timbalan Pengarah Penyelidikan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) mantan Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Usuluddin UIS merangkap panel Bahagian Modul Pemulihan, Modul Istitabah); Dr. Muhammad Ajib bin Abd Razak, Pensyarah Kanan Universiti, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, UKM merangkap Panel Kaunseling Baitul Iman. Turut hadir ialah Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor; Tuan Haji Darudin bin Taib, Panel Bahagian Modul Pemulihan, Modul Istitabah; Tuan Fahimi bin Mahamad Madani, Panel peguam MAIS), wakil peguam dari Sektor Undang-Undang MAIS, kaunselor Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS, panel-panel Penasihatan Akidah dan panel-panel Istitabah MAIS serta pegawai Sektor Pembangunan Sosial MAIS.Alhamdulillah, bengkel dilaksanakan dengan baik dan mendapat pengisian yang menepati objektif modul berkaitan proses istitabah yang berkesan. Modul ini juga akan di bawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Riqab sebelum digunapakai oleh semua ahli panel Istitabah dalam melaksana proses istitbah di luar pusat. Bengkel dipengerusikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial. #mais #menjunjungamanah PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM) TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SHAH ALAM, 5 Februari 2024 – Pusat Informasi Islam MAIS… Berita Penuh February 5, 2024 BENGKEL PEMURNIAN MODUL PELAKSANAAN ISTITABAH LUAR PUSAT BIL.1/2024 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan… Berita Penuh February 4, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN SHAH ALAM, 1 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 1, 2024 KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS SEMPENA KARNIVAL JOM KE MASJID ANJURAN MASJID KAPAR 2 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan… Berita Penuh January 28, 2024 MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI TERENGGANU DAN KELANTAN Terengganu – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di… Berita Penuh January 22, 2024 Add Your Heading Text Here