PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH GOMBAK
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke institusi Islam di sekitar Gombak hari ini bagi mendalami isu berbangkit. Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak. Selain PAID Gombak, antara institusi yang dilawati hari ini ialah pejabat bangunan Mahkamah Syariah, Masjid Pengurusan Nurul Iman, Maahad Tahfiz Al Mashrafe dan Maahad Tahfiz Al Ridhuan. Antara pengisian dalam program kali ini ialah taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat dan penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti. Turut hadir ialah Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Penbangunan Sosial MAIS; Encik Mohd Farid Baharon, Pengarah Pematuhan Risiko; barisan pengurusan tertinggi JAIS dan Maahad Tahfiz yang terlibat. #mais #menjunjungamanah PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH GOMBAK GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama… Berita Penuh May 7, 2025 TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah… Berita Penuh May 6, 2025 PROGRAM INSAN RABBANI: MAIS PULIHKAN 2,474 BEKAS AHLI GISBH TERMASUK KANAK-KANAK RAWANG, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan… Berita Penuh May 4, 2025 MAIS LANCAR KAD PERANCANG PEWARISAN ISLAM, LUAS PERANAN URUS WASIAT, HIBAH SHAH ALAM, 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 30, 2025 PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS – Lawat Agensi dan Anak Syarikat MAIS Shah Alam, 29 April – Program turun padang Pengerusi Majlis… Berita Penuh April 29, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search