PERSIDANGAN PENDAFTAR-PENDAFTAR MUALLAF DAN PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS
24 Julai 2022 – Persidangan Pendaftar-Pendaftar Muallaf Dan Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS tahun 2022 telah bersidang pada 22 hingga 24 Julai 2022. Persidangan tiga hari ini dihadiri seramai 50 orang peserta di kalangan pendaftar-pendaftar muallaf di Negeri Selangor, Pegawai-Pegawai Tadbir Agama Daerah dan wakil-wakil PPP. Persidangan diadakan bertujuan membincangkan isu-isu terkini berkaitan pengurusan, perundangan, perkahwinan dan pendaftaran pengislaman muallaf di Negeri Selangor. Ia juga sebagai platform kepada pendaftar-pendaftar muallaf seluruh daerah dan PPP bagi membincangkan serta memberi cadangan penambahbaikan kepada pihak MAIS dalam pengurusan pendaftaran pengislaman. Sepanjang persidangan berlangsung, sebanyak enam perkara utama yang turut dibincangkan antaranya ialah Pengurusan Pendaftaran Pengislaman, Isu Perundangan Yang Melibatkan Pengislaman dan Isu Berkaitan Pindaan Status Agama di Mykad. Perbincangan isu-isu tersebut telah dibentangkan oleh wakil dari beberapa agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS, Sektor Undang-Undang MAIS dan Bahagian Baitulmal MAIS. Persidangan dirasmikan oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Profesor Madya Dato’ Dr. Hj Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf, MAIS. Di akhir program, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan pendaftaran pengislaman sebanyak RM64,900.00 kepada 22 buah PPP yang telah berjaya mendaftarkan pengislaman dengan sempurna pada tahun 2021. Semoga sumbangan ini menjadi motivasi buat semua PPP MAIS untuk terus membantu MAIS dalam pengurusan pengislaman selain dapat membantu pihak PPP menjalankan aktiviti kepada muallaf. Turut hadir, Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search