MAIS TERIMA PENGHARGAAN DARI PDRM
SUBANG 25 Mac 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima penghargaan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Polis Yang ke-215 hari ini. Penghargaan yang diberikan atas sumbangan dan sokongan pihak MAIS kepada pasukan PDRM amnya dan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya khasnya. Syukur atas kurniaan rezeki dari-Nya, pihak MAIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM di atas penganugerahan ini. Selamat Hari Polis yang ke-215.
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search